Memandangkan beberapa hari lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia, di sini saya sertakan beberapa persoalan yg terdapat sepanjang kita menjalani ibadah puasa ini. Koleksi2 soalan ini saya petik dari blog ini.. Saya hanya menyebarkan ape yg sepatutnya,terima kasih kepada penulis blog ini...Yang terbaik itu dtgnya dr Allah,segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri...

Soalan: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan: Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei makruh memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang ? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit.Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan: Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu ?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan: Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya.

Jawapan: Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.

Jawapan: Batal puasa.

Soalan: Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.

Jawapan: Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Lain-lain persoalan sila rujuk di sini

0 comments:

Post a Comment

Thank You

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...