klik sini ye.
Syarat-syarat nya sangat mudah...

kepada semua bloggers..



1) Buka satu entri  TAJUK SEGMENT : PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE



2) COPY gambar  JPEG  ini  dan  link ke entry INI 


3) Anda perlu memberikan URL link anda PADA ENTRY ANDA dan berikan URL link entri di bahagian komen di bawah.

4) Penyertaan bermula hari ini 27hb Ogos2012 dan berakhir 31hb Ogos 2012--12 tengahmalam. 

SEMUA PEMENANG AKAN DIUMUKAN PADA 1HB SEPTEMBER 2012 SEPERTI PENGUMUMAN KAMI DI SINI.
 

Memandangkan sekarang masih lg dibulan syawal,masing2 cuba utk nk menambahkan lg ibadat kepada Allah Taala dgn melakukan Puasa Sunat 6.. Di sini sy rungkaikan pelbagai persoalan yg sering kali menjadi persoalan kpd kite semua dlm isu puasa sunat 6 di bulan syawal n puasa Qadha. Semoga kite semua sama2 mendapat manfaat dari bacaan ini..Sumber ini sy peroleh dari blog ini.

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.


Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
_________

*Tambahan
  • (Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.
Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).
  •  Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."

 
  • AKAN TETAPI, 
jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].
  • Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK? 
Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut:
“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).


 Wallahualam.

Sumber: Di sini

Actly,time raya ke4 is my bithday (22nd Aug)...Alhamdulillah,masih diberi kesempatan oleh Allah Taala utk meneruskan kehidupan dan beribadat kepada-Nya...Semoga kite sebagai umat-Nya,tidak mensia2kan kehidupan kite didunia ini dengan menyiapkan diri kita utk bekalan di akhirat nnt dan sentiasa memanjatkan rasa syukur kepada-Nya..

Time tu en suami belanja Satay utk saya n family...Alhamdulillah...itu pun sudah cukup bg sy sbb kami mmg jenis yg xsmbut birthday sejak dr kecik lg...tetapi,sambutan pd kali ni adalah yg paling sy ingati dan cukup manis utk di kenang..sbbnye,sepanjang 25thn yg lps xpernah pun smbut dgn family,juz ingt2 sendiri je...huhu..then,bile sambut hr 2, for the 1st time ayah sy telah membaca doa selamat utk birthday sy...sy terharu sgt2 n gembira \('',)/..akan sy ingati smpai bile2....gmbar akan sy upload kemudian...still ade kt dslr lg...hehe

Utk cite raya nnt coming soon la ye...hehehe
Ditujukan kepada semua yg follow blog,yang jd silent reader blog yang xseberapa ni & semua muslimin dan muslimat... Berhati2 ketika balik kg ye... Biar lambat asal selamat ('',)
 Soalan: Sebagai seorang penghidap penyakit kencing manis, saya sukar untuk solat dengan selesa kerana darah dan nanah kerap keluar pada kaki ketika solat. Adakah sah solat jika darah atau nanah keluar ketika sedang solat? Mohon penjelasan dan dalil yang berkaitan.

Jawapan:

Berikut adalah jawapan ringkas bagi persoalan yang dikemukakan oleh penanya di atas:


Keluarnya darah dari bisul atau badan tidak membatalkan wudhu'. Hanya sahaja sebilangan rakyat negara ini dengan mudah menyatakan batal tanpa dalil. Yang berpendapat batal ialah madzhab Hanafi dan Hanbali jika darah keluar dalam bentuk masyfuh (mengalir dgn banyak). Menurut al-Qardhawi, keluarnya darah tidak membatalkan wudhu' adalah pendapat yang rajih kerana tidak ada dalil yang menyokongnya (batal wudhu'). (Fiqh Thaharah, alQardhawi, ms 252)




1. Darah yg keluar sedikit itu dima'afkan, tambahan pulak dia adalah orang yg udzur. Dalilnya:


ما زال المسلمون يصلون في جراحاتهم

الراوي: الحسن المحدث: الألباني - المصدر: تمام المنة - الصفحة أو الرقم: 50

خلاصة الدرجة: رواه البخاري معلقا بغير إسناد، وقد وصله ابن أبي شيبة بإسناد صحيح


" Kaum muslimin tetap melakukan solat dengan luka-luka mereka."(HR al-Bukhari dari al-Hasan (al-Basri))


al-Albani menyatakan dalam Tamam al-Minnah ta'aliq atas Fiqh Sunnah, hadith ini dikeluarkan oleh al-Bukhori tanpa sanad, tapi sanadnya disambung oleh Ibn Abu Syaibah di dalam al-Musyanifnya dengan sanad yg sahih


2. Nanah


وسئل أبو مجلز عن القيح يصيب البدن والثوب ؟ فقال : ليس بشئ ، وإنما ذكر الله الدم ولم يذكر القيح


Diajukan soalan kepada Abu Mijlaz* mengenai nanah bisul yg menimpa badan dan pakaian? Kata beliau, "tidak apa-apaan, yg disebut Allah ialah mengenai darah sahaja, adapun nanah tidak disebut. (Fiqh Sunnah, 1:16 e-book)
*Abu Mijlaz, ialah Lahiq bin Hamid al-Sadusi al-Basyri, tabi'in besar Basrah, wafat 106H, pernah mendengar dari Ibn Abbas, Mu'awiyah dan Anas bin Malik.


Berkata Syaikhul islam Ibn Taymiyah al-Harani

وقال ابن تيمية : ويجب غسل الثوب من المدة والقيح . والصديد ، قال : ولم يقم دليل على نجاسته ، انتهى والاولى أن يتقيه الانسان بقدر الامكان


tidak ditemui dalil akan kenajisan nanah. (Fiqh Sunnah, 1:16 e-book)

Sumber: Di Sini
Jom sume bloggers join segmen dr Apit ni...die sokmo wat doodle yg comel2 \('',)/...

http://www.fizgraphic.com/2012/08/segmen-ucapan-aidilfitri.html
klik disini tau


SYARAT-SYARAT? SAYA DAH FOLLOW DAH! 

Warna : Blue Turqoise
Doodle Lelaki : Safa
Doodle Perempuan : Maizatul
UCAPAN AIDILFITRI 2012 :
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga tercinta, sahabat handai & semua umat islam di seluruh dunia
Daripada kami -Safa & Mai
                                                                         Tag Rakan: 
                                                           Semua Bloggers di Malaysia =D

 Tarikh Tutup : Anytime. Ikut Suka Je DieNak Tutup Bila. =D
 
Hadiahnya adalah doodle banner di atas beserta dengan nama. :-) 
Thn ni rs mcm xraya je aku ni...dh la this is my 1st year beraya as a wife..Sepatutnya smgt nk raya 2 adela kn?? tp xde sgt =.="....Actly,aku n en suami ku xbeli lg bju raya,hahahha...then,bile org tanye ktorg tema pe,senang ckp xtau lg tema pe...sbbnye xbeli lg...ktorg ni ade sifat yg same(of coz la kn suami isteri katanye),bile time nk beli br dpt decide wrna pe...sbbnye klu decide awl2 kitorg xtau wrna 2 cntik ke??so,thats why la ktorg will be decide the theme bile time nk beli...
And,as usual every year(b4 kwin lg) butik yg biase kitorg g beli baju ialah Gene Martino...So far mmg ktorg suke giler ngn butik ni,bju die mmg best sgt2...even simple tp kain die sedap bile kite pakai...hehehe...harga??mhl tp berkualiti itu penting ('',)v ...
Tp thn ni rsnye kedai 2 dh xde kt giant Tmn permata,sbb b4 pose hr 2 g sane tgk2 butik 2 dh xde...tp ktorg perasan dh ade kt Wangsa Walk...so,senang la ktorg nk g mencari kt sane plak...hehehe...yg penting ktorg xkn pergi cri brg2 persiapan raya di jln TAR @ masjid india...Aku n suami aku xsuke bersesak2 ni...xpsl2 aku yg sesak nafas nnt...hahaha
Hopefully,thn ni sempat la g beli bju raya hr sabtu ni(bgskan aku ni,sok nk raya,hr ni bru g beli baju,hahaha)..xpela,jnji ado...lgpun this year aku beraya ngn family suami dulu (di gombak je,nsb baik xblik ganu,hehehe),raya ke2 bru balik kg ku di moncheh,nogori sombilan...hahaha...leh lame skit beraya kt kg aku...hehhe...
Okla,xlarat nk cite pnjg2 bkn ade org nk baca pun,utk syok sendiri aku je ni...hehehe...korg tgk la gmbr butik yg aku maksudkan 2...mesti ade yg tau kn??hehehe

Sumber: En Google

We know each other for this date (12 Ogos 2007)...Alhamdulillah,perkenalan kami dh mencecah 5thn for this year...and kami telah pun bersatu pd thn lps...Since byk cabaran yg kami lalui sepanjang detik perkenalan kami,itu tidak menjadi halangan kpd hubungan kami.... Dia banyak memberi tunjuk ajar kpd ku dan mengajar aku erti kesabaran... Kami saling melengkapi antara satu sama lain...
SAYA SAYANG SUAMI SAYA=D

Luv u En Suami :)

 

Pe khabar semua?? Ceh,bajet mcm ramai je org nk bc blog i ni... hehhe...Almaklumla I ni amatur je...(aik,nk blog pun ade amatur n profesional gak ke??motip -.-")...
Ha, uolls sume pose x hr ni??hehehe...Hopefully pose la ye...Grab chance for this month to do too much ibadah as a muslim =D...
Hr ni dh 3/8/12... I sbnrnye suke klu dh masuk bln 8 ni... Bkn pe,byk peristiwa2 manis yg berlaku sepanjang bln 8 ni...Selain menyambut hr kemerdekaan every year n bakal berhari raya pd bln 8 gak InsyaAllah, ianya juga adalah merupakan birthday SAYA \('.')/...hehehe...motip ko bgtau -.-"... Hari ni plak merupakan birthday my beloved AYAH...wah,teruja ko.... Even AYAH xpernah ajar kami adik beradik utk menyambut hari lahir,cukupla sekadar ingin mendoakan ayah sihat sentiasa di bwh lindungan rahmat Allah SWT, Dimurahkan rezeki, yang penting skali SAYA SAYANG AYAH SAYA ('',)...
 Susah nk mencari seorang ayah mcm ayah I ni...Ayah xpernah merungut nk membesarkan kami 3beradik selepas kematian mak walaupun ramai sedara mara yg meragui ayah boleh menjaga kami...Disebabkan amanah Arwah mak yg tidak mahu kami 3beradik berpisah,ayah menjaga kami dengan penuh kesempurnaan tanpa sebarang kekurangan.. ramai juga yg ingin menjaga kami terutama saya yg ketika itu masih kecil (anak last)..tp ayah menolak dan ingin menjaga sendiri serta inginkan kami 3 beradik membesar dihdpn mata nya...(ketika sy menaip ni sy dh T_T)...huhuhu...Cuma yg sy ingat sedara mara akan bawa kami 3beradik tggl bersama mereka hanya pd cuti sekolah shj...sbb 2 sy dh biasa pergi umah sedara mara smpai skrg...hehehe...
Ayah dh berjaya membesarkan kami 3 beradik n sumenye Alhamdulillah dh mendirikan rumah tangga... ketiga-tiga pernikahan kami 3 beradik berwalikan ayah sendiri...dan dh pastilah time sy yg plg sedih sbb ank last kn...huhuhu...I ni dh la rapat giler ngn ayah smpai adik I (ank mak tiri I) pun jeles ngn I...hihihi...anak ayah la katekan...mane xnye masa I duk hostel,tiap kli time balik kg je ayah i akan belikan lauk kegemaran i iaitu Kerang...hahahaha...adik I pun pe lagi,mesti die ckp,"Alang klu balik je mesti ayah beli lauk die je..." hehehe...saya suke2...
Okla,I klu bercerita psl ayah ikutkan mmg lg pnjg,tp nnt sy lak yg menangis..huahuahua...AYAH EMA(panggilan I di rumah)NK WISH KT AYAH "AYAH ADALAH AYAH TERBAIK DIDUNIA"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...