SYARAT-SYARAT SEGMEN ;
1. WAJIB follow blog ini * kalau nk free, kenelah follow dulu *
2. Buat satu Entry yang bertajuk "Segmen : Nak Header Free dari Iza Zaty
3. Letak BANNER dan linkkan ke entry ini 

4. WAJIB SANGAT SANGAT
 isi detail ni dalam entry korang ;

- ayat untuk letak di header : When Two Become One - MySf
- Jenis Font :Font A & Font I
- Link Blog : http://iwanijannati.blogspot.com
- Code Warna :CC00CC,33FFCC,990099
- URL doodle/gambar transparent :http://imageshack.us/photo/my-images/62/freebiesdoodleskirtcome.png/
- lain lain tambahan :tiada

5. Publish entry dan letakkan LINK ENTRY di komen



Tamat Segmen : sehingga 20 blogger yg join.

 

Nabi saw. banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban.

Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad)


Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.

Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)


DILARANG berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (HR Abu Daud) 



Sumber daripada sini
Kali ni gmbr semasa hari persandingan kami :)

Family En Suamiku
Familyku :)
outdoor di stesyen keretapi Gemas
Teaser yg dh berhabuk tp wajib dingatan selama2nya ('',)v....
Theme: Silver + Creme
Date: 071011(After Asar)
Location : Surau Taman Sri Intan,Gemencheh.

Dengan sekali lafaz,Alhamdulillah diriku menjadi milikmu...





Ni en.Suami sy :)
Ni la sy :)
Baju kami ditempah dari butik Nia Bellina (SACC)
Family kedua2 belah pihak
 



Click here


Nama : Myz Safa
Kod Warna: 990099
Font : B
Assalamualaikum...
Ha,entry kali ni sy nk wat promotion la pulak =D... Memandangkan Ramadhan bakal menjelma lagi sebulan dan Syawal akan muncul selepas itu, maka sy ingin mewar2kan kepada sume bloggers bhw sy ade mmbuat jualan kuih raya!! Semuanya dijamin HALAL 100%, harga MURAH dr yg biase terdapat di kedai2@bazar2 di luar sana, 100% hasil BUMIPUTERA (sokong lah perniagaan sesama muslim),100% HOMEMADE, 100% dibuat dengan MENTEGA,100% jaminan KUALITI dan sudah semestinya rasanya SEDAP!! RASA SEKALI PASTI TAHUN DEPAN NAK ORDER LAGI ('',)v...

Jangan ketinggalan utk mendapatkan kuih raya yg TERBAIKK ini...Pasti tetamu yg berkunjung ke rumah anda gembira merasa biskut/kuih raya anda... Jadi utk mendapatkannya,jgn malu jgn segan utk menghubungi sy ditalian :013-6282136@ 013-3154838(Maizatul)...Penghantaran sekitar Kuala Lumpur adalah percuma... Jom layan gambar2 di bwh ni (*gambar dibwh diletakkan ke dlm bekas sbg sample shj) :
 
Ni semua jenis kuih yg dijual...                 
Tart Nenas- (RM23-50biji)
Royal Oat-(RM23-60biji)
Manggis Cookies -(RM23-60biji)
Coklat Berganda-(RM23-55biji)
Puteri Salju-(RM23-55biji)
Cornflakes Gajus-(RM23-70biji)
Suria Delight-(RM23-70biji)
Almond London-(RM23-50biji)

Golden Oat-(RM23-70biji)
Tart Blueberry-(RM23-45biji)

Alamanda - (RM23-75biji)

Idaman Crockette - (RM23- 70biji)  





Nestum Delight - (RM23-75biji)





Puteri Balqis- (RM23 - 55biji)
Apple Mix Fruit-(RM23 - 70biji)             







Ya Allah Ya Tuhan ku,
Aku redha dengan ketentuan-Mu,
Pasrah dengan segala kehendak-Mu,

Ya Allah Ya Rahman,
Kau-lah pengatur segala-Nya,
Kau tahu segala yang terbaik buat hamba-Mu,

Ya Allah Ya Rahim,
Semakin diriku di uji,
Semakin dekat rasanya diriku kepada-Mu.

Alhamdulillah :)





Klik disini ye =D


  • Follow 2nd blog sha*Wajib
  • Like fan fage sha*Wajib 
          
  • letak title "Sabah Giveaway by Sharina" dan header sha di entry korang
  • jangan lupa linkkan ke blog ini
  • suka hati nak tag or tak *referral terbanyak akan dpt hadiah
  • tinggalkan link entry dan id FB     
  • Tarikh tutup pada 1 Julai 2012......Jom join!! hadiah juga menarik semuanya......
Klik Di sini ni ye kwn2
Assalamualaikum semua....

Kali ni ade GA from Izan MamaMia & Rakan Blogger... Klu nk join ade syarat2nye tau....Meh baca kt bwh ni pe syarat2nye:
Tarikh tutup GA ni adalah pada 1 Julai 2012.... ape tggu lagi???Jom join ramai2...hadiahnye pun menarik2 semuanye.....
Assalam semua....
Ade giveaway from Izyan Nadiah la.....Hr ni last date die...comei2 lak 2 hadiah nye...Hopefully ade rezeki la...
Ni syarat2 utk join this giveaway:

a) Follow blog Izyan Nadiah
b) Like "Izyan Nadiah" fanpage
c) OR/AND make a simple blog entry about this giveaway

This giveaway will ends on the 16 June 2012.

Simple je kn rules die =D

Panduan untuk menjadi Isteri Solehah 

 


Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Ath-Thabrani)

Firman Allah swt. "... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (an-Nisaa’: 34)

Nabi saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Nabi saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw. melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)


Antara pendidikan awal terhadap anak ialah sejurus selepas dia dilahirkan ke dunia. Perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak.

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.

`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.

Mengapa azan?
Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w.

Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini.

Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.


*
Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah `tahnik’, iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata.

Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.

Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.

Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)

Antara sunnah menyambut kelahiran anak ialah mencukur kepala anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan perak seberat timbangan rambutnya itu.

Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah:
Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)

Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.

Begitulah yang terdapat di dalam sunnah.


*
Soalan: Berkenaan dengan mencukur kepala bayi. Kebiasaannya di kampung2 ada majlis mencukur kepala yang akan disertakan dengan Marhaban. Ketika berselawat, bayi itu tadi akan dibawa keluar dan digunting sedikit rambutnya. Adakah ini mengikut syariat Islam?

Jawab: Apa yang saudara sebutkan di atas adalah adat di dalam masyarakat Melayu. Di dalam majlis berkenaan rambut bayi akan digunting sedikit. Jika begini, ia tidak menepati sunnah yang menganjurkan agar mencukurnya. Ramai yang beranggapan bahawa sudah memadai dengan berbuat demikian.

Mengenai majlis kenduri yang diadakan seperti yang disebutkan ada ulamak yang mengatakannya sebagai tidak mengapa, dan tidak kurang juga yang mengatakannya sebagai bid’ah. Perselisihan ini berpunca dari perbezaan masing-masing tentang definasi bid’ah.

Soal mahu mengadakan majlis bercukur seperti yang saudara sebutkan ataupun tidak itu terpulang kepada pendapat yang diikuti. Jika ia dianggap bid’ah, jangan buat. Jika ia dianggap tidak mengapa, terpulang…

Namun yang paling penting ialah melaksanakan sunnah sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah memberinya nama dengan nama-nama yang baik. Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)

Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.

Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh.

Antara sunah menyambut kelahiran bayi ialah beraqiqah. Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu berdasarkan pendapat imam Malik bahawa penentuan hari ketujuh seperti yang dilihat pada zahir hadis hanyalah berbentuk anjuran sahaja. Oleh itu, seandainya tidak dapat dilakukan pada hari berkenaan, maka beraqiqah pada hari keempat, kelapan, kesepuluh atau hari berikutnya sudah memadai.

Masalah aqiqah ini telah dibahas oleh ulamak dengan panjang lebar pada bab khusus mengenainya.

Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah setiap muslim dianjurkan memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira.

Firman Allah Taala: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39)

Ibnu Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan di dalam Tuhfatul Maudud, dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga ia mencapai masa balighnya."

Begitulah secara asasnya beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi. Sunnah-sunnah ini masih belum terasa janggal untuk diamalkan kerana ramai yang beramal dengannya. Oleh itu, kita juga perlu sama-sama beramal dengannya, semoga ia menjadi sebahagian dari tahap pendidikan ke arah mewujudkan genarasi muslim yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Tuhannya.

Sekian. Wallahu a’lam.


Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

Sumber: Jenguk di sini


Assalam semua....
Sok InsyaAllah sy akn g konsert Maher Zain @ Stadium Merdeka KL ngan en Suami ku tersayang... Alhamdulillah dpt tiket free from ofic En Suami ('',)v... Konsert kali ni adlh utk promosi album baru MZ ni yg dh pun terjual beribu2 unit(xtau la exact total bape,hehehe)... Yang best nye konsert kali ni ade artis jemputan 2 org iaitu Irfan Makki (mmg best suare die nyanyi) n raef (kata en Suami lagu die ni best2 gak)...Jom ramai2 memeriahkan konsert ini...

Segala keterangan lanjut leh la jenguk2 kt sini ... Klu rs nk beli tiket baik beli sekarang sebelum terlambat...Tapi xtau la klu dh hbs lak...Maaf ye lmbt promosi...hihihi

Note: thn lps sy jd urusetia utk konsert MZ @ stadium melawati Shah Alam,kali ni jd penonton plak la...hehehe
Haiiiii....

Demam bola dh terasa...Ni nk cite psl bola lak...hehehe...yela,mlm ni dh stat Euro 2012 kn?? Lps ni mane2 yg keje@study mesti mata kuyu je nk g keje@class...hihihi...

Sy nk pilih team mane ye??hmmmm...sy mmg xtau nk plih mane,yg sy tau team mane ke final nnt,baru sy akn choose...boleh??? En Suami pun xtau nk pilih mane...kami kn sehati sejiwa...hahaha

For those yg mmg fanatik gile ngn bola ni, hopefully mutu kerja@study 2 xberkurang la ye...bola2 gak, keje still kena jalan...'tingkatkn prestasi,kurangkan kontroversi'(pe motip ni??huahua)..

Klu nk tau jadual perlawanan, g sini

Wah,mcm menarik je kan? Actly this is my 1st time to join this...b4 this sy xpernah pun join mane2 GA yg blogger lain wat...Hopefully,ade rezki la for the 1st time join ni...InsyaAllah...

Syarat2 nye senang je...
* Mesti ade blog
* Buat tajuk entry ni LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM
* Letak Banner kt atas ni dalam entri kite
* Ada alamat kt Malaysia.

Cepat2!!Lucky Draw ni berlangsung sehingga 13 Jun 2012 je...Jangan Ketinggalan!!
Hi Semua.....

Kt cni ade sikit pengumuman...Kepada sesiapa yg ingin menempah kad kahwin/pertunangan/harijadi @ semua jenis event design exclusive spt di bwh ini, tema ala-ala novel, sila hubungi sy di talian 013-6282136.... Harga amat2 la berpatutan...Klu nk request ltk gmbr sendiri pun leh...lagi byk order lg murah!! Cepat2 jgn ketinggalan ('',)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...